Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2FA TIPS

Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp

Diterbitkan Mei 17, 2021 oleh ariff bukhari

Selain menggunakan kata laluan bagi log masuk ke akaun sosial anda, penggunaan ciri pengesahan 2 faktor (2FA) merupakan satu lagi ciri keselamatan yang boleh meningkatkan lagi keselamatan akaun sosial anda.

Sebagai contoh, kebiasaannya pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan sahaja untuk log masuk ke dalam akaun mereka.

Jadi dengan mengaktifkan ciri 2FA, ia akan memberikan satu lagi lapisan keselamatan sebagai pengesahan sebelum pengguna dibenarkan akses log masuk ke akaun mereka.

Jika pengesahan dua faktor diaktifkan, anda akan menerima pemberitahuan atau diminta untuk memasukkan kod log masuk khas setiap kali mencuba untuk log masuk ke akaun anda dari peranti.

Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp
Kredit: AVG

Platfom-platfom media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram ada menawarkan ciri 2FA kepada penggunanya.

Jadi di sini dikongsikan cara mengaktifkan ciri 2FA untuk 3 platfom sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp:-

Facebook

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri 2FA untuk akaun facebook:-

1. Buka Menu dalam aplikasi FB dan pilih Security and Login dan pilih Use Two-factor authentication.

FB 2FA
Menu > Settings > Security and Login > Use Two-factor authentication

2. Untuk FB, sebanyak 3 pilihan diberikan bagi tetapan ciri pengesahan 2 faktor iaitu:-

  1. Pengesahan menggunakan aplikasi seperti Google Authenticator
  2. Pengesahan melalui mesej teks SMS
  3. Pengesahan menggunakan perkakasan seperti kunci fizikal

FB 4

Instagram

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri 2FA untuk akaun Instagram:-

  1. Ketik ikon instagram-user-profile atau gambar profil anda di bahagian bawah sebelah kanan untuk pergi ke profil anda.
  2. Ketik ikon Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp di bahagian atas sebelah kanan, kemudian ketik instagram-tetapanSettings.

3. Pada tetapan Security, pilih Two-factor authentication.

insta 2fa

4. Tetapan 2FA bagi akaun Instagram menawarkan 2 pilihan iaitu pengesahan melalui aplikasi seperti Google Authenticator atau mesej teks SMS.

WhatsApp

Berikut pula adalah cara mengaktifkan ciri 2FA untuk akaun WhatsApp:-

1. Buka tetapan WhatsApp.

WhatsApp Image 2020-10-28 at 20.35.06

2. Tap pada Akaun > Pengesahan dua langkah > DAYAKAN (ENABLE) untuk mengaktifkannya.

2fa whatsapp

3. Seterusnya, masukkan 6 digit nombor PIN dan sahkannya. Anda juga disyorkan untuk terus sahaja memasukkan alamat e-mel untuk ciri Pengesahan dua langkah WhatsApp.

Ini kerana ia akan dapat membantu anda menetapkan semula nombor PIN itu sekiranya anda terlupa.

2fa whatsapp3

4.  Selepas selesai semua langkah tersebut, anda telah berjaya mengaktifkan ciri  pengesahan 2 faktor, sekaligus meningkatkan lagi ciri keselamatan aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar anda.

Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Langkah Aplikasi WhatsApp

Begitulah cara bagi mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor bagi akaun sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp.

InsyaAllah cara mengaktifkan ciri 2FA bagi akaun sosial lain juga akan dikongsikan pada lain masa.

Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress