Cara Mengaggarkan Tempoh penggunaan Bateri "Laptop" Sebelum Membeli

Kepada anda yang bercadang untuk membeli komputer riba, berikut kami kongsikan cara untuk mengetaui jangka hayat bateri sesebuah Laptop yang ingin dibeli.

Pertama sekali lihat pada spesifikasi bateri komputer riba yang ingin dibeli, ianya dalam unit watt-hours (unit biasanya dalam singkatan Whr atau Wh)

Kemudian bahagikan nilai tersebut kepada wattage (W) sesebuah Laptop. Kebiasaannya bagi laptop biasa ianya diantara 10-15 Watts.

  • Sebagai contohnya, peranti Mac book Pro yang mempunyai kuasa bateri 100Wh, apabila dibahagikan dengan nilai watts 15 atau 10 maka inya akan menghasilkan tempoh masa penggunaannya diantara 7 - 10 jam.


Keputusan tersebut menunjukkan berapa lama bateri tersebut mampu bertahan untuk satu penggunaan berterusan.



Apapun, kaedah ini adalah sebagai satu alternatif  anggaran sahaja, hasil yang sebenar mungkin berbeza bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semiga bermanfaat.

Berkaitan