Cara Menetapkan privasi Pada Nombor Tertentu Di Whatsapp

Reading Time: 2 minutes

Kepada pengguna WhatsApp diluar sana berikut kami kongsikan cara menetapkan had privasi bagi akaun WhatsApp lain daripada mengakses ke profil anda. Sudah tentu anda boleh melakukannya dengan menetapkan tahap privasi tersebut pada bahagian Setting, namun tindakan tersebut akan dikenakan pada seluruh senarai Contact  yang disimpan pada peranti anda.

Sekiranya anda bertindak memadam nombor tersebut pada senarai contact peranti maka ianya akan menyulitkan anda untuk mengenalpasti sekiranya menerima mesej atau panggilan daripada nombor tersebut.

Caranya sangat mudah, kepada anda yang belum tahu, berikut kami kongsikan kaedahnya.

Pertama sekali buka ruangan Chat bagi nombor yang ingin disekat dan tap pada ikon profilnya

Seterusnya tap pada ikon tiga titik berikut

Kemudian pilih menu berikut.

Pada paparan berikut, klik pada menu tiga titik

Akhir sekali tap pada menu Delete, selesai.

Untuk makluman anda, kaedah pemadaman nombor ini tidak akan memadamkan simpanan nombor tersebut pada bahagian Contact peranti, ianya hanya akan dipadamkan pada senarai contact WhatsApp sahaja. Ini bermakna simpanan nombor tersebut pada akaun lain seperti Telegram, Line dan lain – lain tidak akan terusik.

Dengan itu, nombor tersebut tidak akan lagi dapat melihat maklumat terperinci profil dan gambar pada akaun WhatsApp anda.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Tips Gajet
Tentang Penulis

Menulis tips-tips ringkas untuk pengguna komputer dan telefon pintar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *