Cara Menetapkan Pembetulan Perkataan Khas Pada Word

Kepada anda yang ingin memudahkan menaip perkataan Panjang pada Microsoft Word, berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan perkataan yang anda ingin di "Auto Correct" kan sebagai perkataan yang anda inginkan.

Pertama sekali masuk ke menu File



Kemudian pilih menu Option



Pada paparan berikut pilih menu Proofing.



Seterusnya klik pada menu AutoCorrect options.



Pada paparan berikut, masukkan perkataan singkatan yang anda inginkan pada ruangan Replace dan perkataan sebenar yang ingin anda gantikan pada ruangan sebelahnya. Kemudian klik pada tombol Add dan akhir sekali tombol OK.



Selesai, sekarang setiap kali anda menaip perkataan singkatan tersebut secara otomatik ianya akan digantikan dengan perkataan yang anda inginkan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan