Cara Menetapkan Had Panjang Minimum Kata Laluan Windows 10

Kepada anda yang mementingkan tahap keselamatan agar kata laluan tidak mudah dipecah pada PC Windows 10, berikut kami kongsikan cara untuk meningkatkan had minimum kata lalauan untuk pengguna Windows.

Pertama sekali buka aplikasi Command Prompt, buka sebagai Administrator.



Masukkan kod berikut

net accounts /minpwlen:PassLength

Pada ruangan "Pass Length" teresebut masukkan nilai Panjang kata laluan yang anda inginkan, tekan Enter, selesai.



Untuk memastikan sama ada ianya sudah ditetapkan atau tidak, masukkan kod berikut

net accounts

Kemudian tekan Enter, maka akan muncul paparan tetapan keputusan yang baru anda tetapkan.



Untuk mengubah kembali tetapan kepada sediakala masukkan kod berikut, dan tekan enter.

net accounts /minpwlen:0

Maka dengan itu ianya akan di Reset kembali kepada tetapan asal.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan