Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Diterbitkan Disember 8, 2017 · Dikemas kini Mei 18, 2018 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami yakin ramai diantara anda yang sudah biasa dengan pemain media jenis VLC dek kerana kemampuannya untuk memainkan pelbagai jenis format video tanpa ada sebarang masalah.

Namun tahukah anda bahawa pemain jenis VLC boleh diubahsuai agar tersedia dengan “Built in Subtitle” atau dengan kata lain sarikata filem yang boleh terus diperolehi daripada pemain itu sendiri ? Tanpa perlu bersusah payah membuat carian di Google dan sebagainya.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Masuk ke pautan berikut dan muat turun file seperti dalam gambar

https://addons.videolan.org/p/1154045/

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Kemudian salin fail yang telah di muat turun tersebut

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

 

Setelah itu, tampalkan fail tersebut ke C:Program Files (x86)/VideoLAN/VLC/lua dan buat folder baru dengan nama extensions. Lalu, paste fail VLsub ke dalam folder itu.

Seterusnya, buka VLC Media dan klik View. Di situ akan ada pilihan VLsub.

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Maka apabila anda sedang mainkan filem yang tiada sarikata, klik pada VLsub. Selanjutnya, anda akan melihat pop up dan cari “subtitle” sesuai dengan apa yang anda tonton dengan klik Search by hash.

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Apabila sudah berhasil mencari subtitle yang diinginkan, pilih salah satu kemudian klik Download selection. Selesai.

Cara Mendapatkan “Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

 

Dengan itu anda tidak perlu lagi mencari sarikata untuk filem seperti apa yang anda lakukan sebelum ini. Selamat mencuba.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY