Cara Mencipta "Super Hidden" Folder Pada Windows 10

Kebiasaannya Hidden Folder pada Windows 10 dapat dikesan setelah mengubah tetapan Show Hidden File pada menu Folder Option. Namun kepada anda yang ingin menambahkan privasi tambahan pada Folder peribadi anda berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali buka tetingkap Command Prompt dengan membuat carian berikut



Pada tetingkap tersebut tampal kod berikut yang mana pada ruangan "" adalah lokasi dan nama folder yang ingin anda sembunyikan. kemudian tekan kekunci Enter.

attrib +s +h “C:\D\Ting 3”



Dengan itu folder tersebut akan disembunyikan dan tidak dapat dikesan walaupun fungsi hidden file telah diaktifkan pada tetapan.



Untuk mengembalikan Folder tersebut seperti biasa tampal kod seperti tadi yang mana symbol "+"perlu ditukar kepada symbol "-" pada tetingkap Command Prompt dan tekan Enter.

attrib -s -h “C:\D\Ting 3”

Selesai, maka dengan itu Folder tersebut akan muncul kembali.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan