Cara Mencipta & Menghantar Gmail Secara Berkumpulan

Kepada anda yang kerap menggunakan email untuk urusan kerja ataupun peribadi, semestinya akan berasa agak leceh untuk memasukkan alamat secara satu persatu ketikan ingin menghantarkan email secara pukal. Berikut kami kongsikan cara untuk mencipta kumpulan email mengikut keperluan.

Pertama sekali masuk ke Gmail pada pelayar di PC, kemudian masuk ke menu Contacts. Pilih mana - mana Contact yang anda ingin masukkan ke kumpulan.



Kemudian klik pada ikon Label dan klik pada Create Lebel



Masukkan nama kepada lebel kumpulan yang anda ingin ciptakan, seterusnya klik Save.



Sekiranya anda ingin memasukkan alamat email tambahan ke dalam kumpulan tersebut klik pada ikon lebel, kemudianpilih lebel yang anda ciptakan tadi dan klik pada ikon apply.



Bila mana anda ingin menghantar email kepada kumpulan tersebut, taip sahaja namanya pada ruangan alamat, maka secara otomatik email tersebut akan dihantar kepada senarai Contact yang anda tetapkan.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga ebrmanfaat.

Berkaitan