Cara Mencipta "Folder Halimunan" Pada Windows 10

Keapda anda yang ingin menyembunyikan folder pada Windows 10 dengan mudah dan pantas, berikut kami kongsikan salah satu altenatif yang boleh anda cuba. Sebelum kita bermula, pastikan PC atau Laptop anda mempunyai papan kekunci dengan pad number seperti berikut;



Kerana kod yang anda masukkan MESTI menggunakan Pad nombor seperti diatas. Sekiranya anda menggunakan kekunci nombor pada bahagian huruf, ianya tidak akan berhasil.

Pertama sekali cipta satu Folder pada paparan Desktop.



Padamkan nama folder tersebut.



Seterusnya tekan dan tahan kekunci Alt diikuti dengan menaip nombor 255 dengan menggunakan pad nombor seperti yang kami maklumkan diatas. Dengan itu nama folder tersebut tidak akan kelihatan lagi.



Untuk menghilangkan ikon folder pula, masuk ke menu Properties.



Pilh tab Customize > Change icon



Skrol kekanan dan cari ikon transparent seperti berikut, yang mana folder tersebut akan menyerupai paparan Wallpaper PC anda. Akhir sekali klik tombol OK.



Maka dengan itu Folder yang anda ciptakan sebentar tadi, tidak lagi kelihatan. Naun ianya masih dapat dikesan sekiranya anda membuat mass highlight menggunakan tetikus pada paparan tersebut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini semoga bermanfaat.

 

Berkaitan