Cara Mencipta E-mail Sementara

Kepada anda yang memerlukan e-mail untuk mendaftar pada mana - mana laman sesawang ataupun aplikasi, risau sekiranya menggunakan e-mail sebenar. Berikut kami kongsikan cara untuk mencipta e-mail sementara dengan pantas dan mudah untuk kegunaan harian anda dengan selamat sekiranya berlaku sebarang aktiviti penipuan dan sebagainya.

Pertama sekali buat carian emailondeck pada Google, kemudian klik pada pautan berikut.



Seterusnya lengkapkan kotak step 1 dan 2.



Kemudian anda akan dibawa ke paparan berikut. Selesai, sekarang anda sudahpun mempunyai email sementara seperti yang dipaparkan.



Maka setiap pengesahan pendaftaran yang anda lakukan untuk aplikasi ataupun akaun atas talian akan masuk ke paparan emailondeck seperti dibawah.



Perlu diingati bahawa e-mail ini akan tamat tempoh setelah anda keluar daripada laman tersebut dan ianya perlu dicipta kembali sekiranya ingin digunakan.

Pastikan selesaikan segala aktiviti pengesahan dilakukan sebelum anda meninggalkan laman ini.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan