Cara Mencegah Virus Pada PC Anda Tanpa Sebarang Aplikasi

Artikel ini khusus untuk anda yang suka muat turun bahan-bahan daripada internet, sama ada dalam bentuk video, aplikasi dan lain-lain. Tahukah anda bahawa aktiviti memuat turun sebenarnya dalah sangat merbahaya ? Ini  kerana terdapat pelbagai jenis virus yang mungkin ditanam pada fail tersebut.

Oleh itu adalah mustahak agar anda memeriksa terlebih dahulu fail yang ingin dimuat turun tersebut sama ada ianya mengandungi virus ataupun tidak.

Untuk berbuat demikian, anda boleh rujuk langkah mudah berikut.

Sebelum muat turun apa yang perlu anda lakukan ialah masuk ke laman sesawang www.virustotal.com 



Setelah masuk ke laman tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin alamat URL fail yang ingin di muat turun dan menyemaknya pada ruangan yang disediakan pada laman tersebut kemudian Tekan Enter



Sekiranya betul-betul bersih, maka anda boleh mula memuat turun fail tersebut. Ada juga disediakan fungsi untuk menyemak status fail yang ada dalam PC anda.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.

Berkaitan