Cara Menambah Baik Penerimaan Isyarat Pada Peranti Mudah Alih

Masalah "signal" yang lemah pada peranti pintar sememangnya tidak asing lagi, terutamanya ketika berada berjauhan dengan antena penghantar isyarat.

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba sekiranya penerimaan isyarat adalah lemah.

1. Pastikan kuasa bateri berada pada tahap meelbihi 40%

Apabila bateri beradapada tahap kurang dadripada 30% peranti kebiasaannya akan masuk ke mod penjimatan kuasa. Maka secara tidak langsung akan menghadkan fungsi peranti pintar dan akan menjejaskan kualiti penerimaan isyarat.

2. Posisi peranti yang betul

Posisi peranti juga memainkan peranan yang sangat penting, adakalanya ketika peranti dipegang pada posisi "Landscape" tahap penerimaan isyaratnya akan menjadi sedikit kurang, jadi sentiasalah mengubah posisi peranti sekiranya isyarat yang diterima adalah lemah.

3. "Casing" yang tidak menyekat isyarat

Pemilihan "casing" yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan isyarat tersekat. Oleh itu kami syorkan anda memilih "Casing" yang tidak terlalu tebal dan belilah jenama yang disyorkan.

4. Penggunaan "Signal Booster"

Kepada yang mengalami masalah penerimaan isyarat yang lemah ketika berada didalam rumah ataupun bangunan, kami syorkan anda memasang peranti "Signal Booster" yang berfungsi menguatkan lagi penerimaan isyarat di dalam bangunan.

Peranti ini boleh didapati dengan mudah melalui kedai atas talian seperti Lazada, Ali express dan lain - lain.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan