Cara Memutuskan Sambungan WiFi Pada Peranti Lain

Kecewa dengan sambungan WiFi yang sangat perlahan disebabkan ramai sangat pengguna "hantu" . Jangan bersedih berikut kami kongsikan kepada anda cara yang boleh diguna pakai untuk memutuskan sambungan WiFi pada peranti lain.

Cara yang kami cadangkan ialah dengan menggunakan aolikasi NETCUT. Yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pautan yang kami sediakan dibawah.

NETCUT


Setelah selesai memasang aplikasi tersebut, pastikan anda "restart" PC terlebih dahulu.



Seterusnya buka aplikasi NETCUT tersebut. Untuk memutuskan sambungan internet pada PC ataupun peranti lain, apa yang perlu anda lakukan ialah pilih sahaja IP address yang anda anda berkenan kemudian klik pada menu Cut off (Ready), maka dengan itu sambungan internet pada peranti tersebut akan segera diputuskan. Manakala untuk mengembalikan sambungan WiFi pula klik sahaja menu Resume . 



 

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai lagi fungsi lain aplikasi NETCUT ini, antaranya seperti:

  • Mengetahui IP Address dan Nama Peranti

  • Mengetahui berbagai MAC Address

  • Clone MAC Address orang lain

  • Boleh mengganti MAC Address

  • Memutuskan dan Menghidupkan sambungan internet

  • Dan banyak lagi


Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.