Cara Memulihkan Masalah PC "Hang"

Masalah PC yang tiba - tiba menjadi beku ataupun dengan kata lain "Hang" boleh dikatakan agak kerap terjadi, apatah lagi sekiranya PC tersebut dilengkapi dengan spesifikasi yang rendah.



Berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

Pertama sekali buka paparan Task Manager dengan menekan kombinasi kekunci ctrl + Shift + Esc



Pada Tab process, skrol dan cari aplikasi yang menggunakan jumlah CPU tertinggi, kemudian hentikan prosesnya dengan menekan tombol End Task.



Sekiranya berjaya maka paparan PC anda akan kembali pulih daripada "Membeku"

Jikalau masalah masih berlarutan, skrol kebawah dan cari menu Windows Explorer seterusnya klik pada tombol Restart. Pada kebiasaannya masalah PC tersebut akan selesai setelah dilakukan proses Reboot.



Apapun, sekiranya masalah masih berlarutan, anda terpaksa mematikan PC secara paksa iaitu dengan menekan tombol kuasa seleama beberapa saat.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan