Cara Memuat Turun Serta Memasang Kemaskini IOS 10







Kemaskini iOS 10
kini sudah boleh dimuat turun. Cara mudah untuk mengemaskini peranti Apple anda
adalah dengan pergi ke Settings >
General > Software Update
dan anda boleh memuat turun secara
Over-The-Air (OTA). Jika anda menggunakan langkah ini, disarankan anda
menggunakan WiFi kerana kemaskini tersebut bersaiz besar.





Selain itu, cara
lain untuk mengemaskini peranti anda adalah dengan menyambungkan peranti iOS
anda kepada komputer dan naik taraf iOS 10 menerusi iTunes. Kemaskini iOS 10
hanya boleh digunakan pada model peranti yang berikut:



  • iPhone: iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus



  • iPad: iPad 4, iPad Air, iPad Air 2, iPad mini 2, iPad mini 3, iPad mini 4, iPad Pro 9.7, iPad Pro 12.9



  • iPod touch: iPod touch (generasi ke-6)




Bagi mengelakkan
kehilangan data, disarankan anda membuat backup menerusi iCloud ataupun
menggunakan komputer melalui iTunes. Anda juga boleh menyimpan data seperti
foto dan video di Google Photos. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang
cukup untuk memuat turun kemaskini baharu ini. 
Fail kemaskini iOS 10 berbeza saiz bergantung kepada model peranti anda.
Seperti contoh fail kemaskini untuk iPad mungkin lebih besar berbanding iPod
Touch. Saiz yang dikeluarkan bermula dari 1.1GB hingga 2.64GB.




Jika anda tidak
boleh mengemaskini ataupun kemaskini mengambil masa terlalu lama, jangan
khuatir kerana server mungkin sibuk diakses oleh pengguna yang lain.





Sumber:
MashableAsia

Berkaitan