Cara Mempastikan Agar Chrome Sentiasa Dalam "Guest Mode"

Kepada anda yang kerap berkongsi PC dengan pengguna lain, berikut kami kongsikan agar pelayar Chrome anda lebih selamat dan privasi dengan menjadikannya sentiasa kekal dalam mod tetamu.

Pertama sekali buka File explorer dan masuk ke folder dimana Chrome dipasang.



Kemudian klik kanan pada ikon Chrome dan jadikannya sebagai Shortcut di Desktop.



Dengan itu satu lagi shortcut chrome akan muncul pada paparan Desktop.



Klik kanan dan masuk ke menu Properties



Pada ruangan Target masukkan tambahan kod "--guest" kemudian klik tombol OK.



Kemudian anda boleh sahaja menukar nama pada shortcut tersebut kepada nama yang sesuai untuk keguanan pihak ketiga



Selesai, maka dengan itu anda tidak perlu risau lagi akan apabila PC digunakan oleh orang lain.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan