Cara Memindahkan Senarai "Contact" iPhone Kepada Android

Kepada anda yang bertukar daripada peranti apple kepada peranti Android, berkemungkinan ada sedikit kerumitan berkaitan memindahkan maklumat panggilan kepada peranti baru.

Berikut kami kongsikan kaedah yang boleh digunakan untuk memindahkan senarai "contact" iphone kepada Android.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang icloud.com menggunakan PC dan log masuk menggunakan akaun icloud yang anda gunakan pada peranti iPhone.



Kemudian klik pada ikon Contacts



Pada paparan berikut, pilih senarai panggilan yang ingin anda pindahkan kepada Android dan seterusnya klik pada menu Export Vcard.



Secara otomatik fail tersebut akan dimuat turun kedalam storan PC anda.

Seterusnya hantar fail tersebut ke alamat Gmail yang digunkan pada peranti Android.



Akhir sekali buka Gmail pada peranti Android dan simpan Vcard tersebut, maka dengan itu semua panggilan akan disimpan pada peranti, selesai.

Berkaitan