Cara Membuka Fail Word Yang Rosak

Adalah suatu "malapetaka" sekiranya fail Word yang kita simpan, mengalami masalah fail korup ataupun rosak. Banyak punca yang mengakibatkan berlakunya fail Word rsak, diantaranya ialah Virus, mematikan PC tanpa shutdown dan lain-lain

Berikut kami kongsikan 4 cara mudah untuk membuka fail Word yang rosak.

1. Untuk kes yang mana fail tersebut masih boleh dibuka, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menyimpannya kembali kepada jenis fail yang lain seperti RTF, Web Page ataupun Plain Text.



 

Selepas itu simpannya kembali keapda fail Word yang asal. Selesai.

 

2. Kaedah seterusnya, buka fail yang rosak tersebut dengan microsoft Word. pilih File > Open > Browse kemudian pilih dokumen yang rosak tadi.



 

Ketika ingin klik Open, klik pada anak panah ke bawah dan pilih Open and Repair. Maka dengan itu fail tersebut akan menjadi yang baru. Selesai.

 

3.  Cara seterusnya . Jika kerusakan sudah agak parah dan sudah tidak boleh dibuka, anda boleh mengikuti cara berikut. Buka sebuah dokumen kosong di Word, lalu klik Insert > Insert Object > Text from File. Setelah itu pilih dokumen yang tidak boleh dibuka, dan klik Insert. Jika tidak ada sebarang masalah, dokumen tersebut akan berhasil dibuka dan masuk ke dalam dokumen baru tadi.



 

4. Sama seperti cara ketiga, cara ini juga boleh digunakan untuk dokumen Word anda yang tidak boleh dibuka. Tapi, cara ini hanya berlaku untuk dokumen Word 2016 sahaja. Caranya, buka Word, lalu pilih View > Draft.



Kemudian klik File > Options > Advance. Scroll sampai bertemu dengan Show document content, lalu tick option Show picture placeholders dan Use draft front in Draft and Outline views. Jika sudah, cuba buka dokumen yang tidak boleh dibuka tersebut.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.