Cara Membuka Aplikasi Pada Android Dengan Kaedah Imbasan Cap Jari

Khusus kepada pengguna Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk membuka aplikasi kegemaran anda dengan hanya satu sentuhan cap jari.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi Fingerprint quick Action terlebih dahulu daripada Playstore.



 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan aktifkan menu seperti dalam kotak dibawah.



 

Seterusnya aktifkan menu Single Tap



 

Anda akan dibawa ke paparan menu Accessibility, apa yang perlu anda lakukan ialah aktifkan fungsi Fingerprint Quick Action.



 

 

Kemudian pada menu Single Tap, pilih fungsi Launch app or shortcut.



 

Seterusnya pilih aplikasi yang anda ingin buka menggunakan kaedah pengesanan cap jari tersebut.



 

Sebagai contohnya, kami pilih aplikasi Calculator.



Setelah selesai pemilihan tersebut, tetapan anda sudah berjaya dan siap digunakan. Maka apabila imbasan cap jari dibuat secara otomatik aplikasi calculator akan muncul dipaparan.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.