Cara Membuat Tetapan Modem Streamyx D-Link

Kepada pengguna streamyx yang mempunyai masalah dalam penetapan Modem jenis D-Link, berikut kami kongsikan langkah - langkah yang boleh anda ikuti untuk menetapkannya sendiri dirumah.

Pertama sekali sambungkan peranti tersebut pada sambugan kuasa dan talian telefon. Pastikan anda mempunyai kabel sambungan LAN untuk menghubungnya kepada PC ataupun Laptop terlebih dahulu.



Setelah semua lampu bernyala, masuk ke pelayar seperti Chrome, Mozilla dan lain - lain. masukkan  192.168.1.1 pada address bar dan tekan kekunci Enter. Anda akan dibawa ke laman berikut. Password dan Username kebiasaan akan akan ditetapkan sebagai admin.



Seterusnya anda akan dibawa ke halaman baru, klik pada menu Setup Wizard @ Quick Setup, bergantung pada jenis modem yang anda gunakan.



Anda diminta untuk mengisi maklumat berikut.



Setelah langkah diatas selesai, masuk ke menu Wireless Network Name ( SSID ) untuk menetapkan nama bagi WiFi anda, manakala pada bahagian Security pilih WPA-PSK, dan masukkan kata laluan untuk WiFi, selesai.

Setelah semuanya selesai, Restart Modem tersebut dan tunggu sehingga semua lampu menyala. Selesai, sekarang anda sudah dapat melayari internet.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Sumber : Hotspotsystem.com

Berkaitan