Cara Membuat "Table" Menggunakan Excel Pada Android

Seiringan dengan perkembangan teknologi gadget masakini, Kerja menaip tidak lagi terhad kepada penggunaan PC sahaja. Kebanyakan kerja Office dapat dilakukan terus pada Tablet mahupun peranti pintar.

Kepada anda yang selalu menggunakan aplikasi Microsoft Office pada Android, berikut kami kongsikan langkah - langkah untuk menghasilkan Table menggunakan fungsi yang terdapat pada aplikasi Excel.

Pertama sekali tap pada ikon Buku kerja kosong seperti berikut.



Seterusnya pastikan Cursor berada pada kotak yang paling atas sebelah kiri dan klik pada menu Beranda untuk mencari menu seterusnya.



Pada bahagian Sisipkan pilih menu Table



Gerakkan Cursor pada paparan kotak Excel untuk menentukan baris dan lajur Table yang anda inginkan, selesai, Untuk memilih tema Table yang anda bina tersebut boleh sahaja pilih pada bahagian tema seperti berikut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan