Cara Membuat Permohonan Baharu i-Lestari Dalam Talian Tanpa Perlu Daftar i-Akaun

Bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenar untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP melalui fasiliti Pengeluaran i-Lestari. Berikutan itu, permohonan telah dibuka sejak 1 April lalu.

Bagaimanapun, pengguna mula menghadapi masalah untuk memohon apabila tidak mempunyai i-Akaun dan pendaftaran tersebut memerlukan langkah yang agak sukar kerana tidak semua pengguna mempunyai akses mencetak borang pendaftaran tersebut.

Kini, melalui kemaskini terbaru, setiap ahli KWSP boleh memohon Pengeluaran i-Lestari tanpa memerlukan pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu. Ikuti langkah mudah di bawah ini untuk permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari


 

Permohonan i-Lestrai tanpa i-Akaun

Menggunakan peranti mudah alih atau komputer, layari https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih pada PERMOHONAN BAHARU.



Kemudian, isikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, dan e-mel.



Seterusnya, pilih amaun bermula RM50 hingga RM500 serta pilih senarai bank dan masukkan nombor akaun bank tersebut.



Untuk pengesahan pengakuan pemohon, tandakan pada kotak yang disediakan. Anda perlu baca dan fahami perakuan tersebut terlebih dahulu dan tekan butang setuju.



Akhir sekali, semak semula maklumat yang telah diisi dan setelah itu, klik pada butang HANTAR.

Semak Status Permohonan


Bagi setiap permohonan yang telah dihantar, semakan status permohonan boleh dilakukan dalam tempoh 2 hari selepas permohonan, dengan cara:



Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan pilih SEMAK PERMOHONAN.



Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon serta tekan SEMAK. Setelah itu, status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.