Bermula hari ini, semakan status dan permohonan baharu bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah dibuka. Bagi permohonan baharu, ianya dibuka selama sebulan iaitu bermula hari ini sehingga 15 November 2020.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan permohonan baharu boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dalam talian atau penghantaran borang manual melalui mana-mana Cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC LHDNM.

Namun, berikutan penularan wabak COVID-19, LHDNM menyarankan permohonan baharu BPN 2.0 dibuat secara dalam talian. Berikutan itu, di bawah ini kami sediakan cara untuk membuat permohonan baharu BPN 2.0 secara dalam talian.

Permohonan baharu BPN 2.0

Sebelum membuat permohonan baharu, semakan kelayakan boleh dibuat melalui pautan ini. Jika memenuhi syarat yang ditetapkan, ikuti langkah seterusnya.

IKLAN

cara mohon bpn 2.0

Layari portal rasmi BPN 2.0Masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan captcha. Kemudian tekan pada “Semak”.

cara mohon bpn 2.0

Keputusan akan menunjukkan “Tiada Rekod” pada semakan yang dibuat. Menerusinya, tekan pada “Permohonan Baru”.

Setelah itu, isi “Maklumat Pemohon” yang merangkumi nama, nombor kad pengenalan, jantina, umur, alamat surat menyurat, e-mel, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan bulanan, maklumat bank serta status perkahwinan pemohon.

Langkah seterusnya, isi pada bahagian “Maklumat Waris” termasuk hubungan, jenis pengenalan, nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon waris.

Kemudian, tekan pada “Teruskan”. Untuk meneruskan proses permohonan, “isi captcha” di bahagian “Pengesahan” dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian simpan/hantar.

Langkah terakhir, tekan “Hantar”. Anda juga mempunyai pilihan untuk mendaftar akaun. Pada bahagian ini, anda boleh klik “Ya” untuk mendaftar akaun, dan klik “Tidak” untuk keluar. Selesai.

cara mohon bpn 2.0

Untuk makluman, semakan status permohonan masih boleh dibuat tanpa pendaftaran akaun. Namun, jika anda ingin mengemaskini permohonan, pendaftaran akaun perlu dilakukan.

Permohonan baharu ini akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup. Sementara itu, permohonan baharu yang diluluskan pula akan menerima bayaran bantuan BPN 2.0 sekaligus pada Januari 2021.