Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Telefon Terus Dari Komputer

Hanya untuk pengguna komputer yang menggunakan sistem Windows 10 versi 1909 atau terbaru sahaja.


Jika anda sedang sibuk melakukan kerja di komputer, menerima panggilan atau menjawab mesej yang diterima di telefon pintar mungkin akan mengganggu fokus kerja anda di komputer.

Ada baiknya jika semua perkara tertumpu pada skrin monitor komputer anda itu supaya fokus kerja anda tidak terganggu oleh panggilan di telefon pintar.

Berita baik kepada pengguna komputer dengan sistem Windows 10 khususnya versi 1909. Kini, bermula dengan versi Windows 10 1909, pengguna sudah mula boleh membuat atau menerima panggilan telefon terus dari komputer mereka dengan memasang aplikasi yang dipanggil sebagai Your Phone.

Ciri panggilan telefon ini pada mulanya hanya ditawarkan kepada pengguna versi Windows 10 Preview sahaja pada lewat 2019 lalu. Tetapi kini ciri baru ini sudah pun boleh digunakan oleh semua pengguna versi Windows 10 1909.

Berikut adalah panduan pemasangan dan tetapan ke atas aplikasi tersebut di komputer serta telefon pintar bagi memudahkan anda mengaktifkan ciri panggilan telefon dari komputer.

1. Perkara pertama yang diperlukan adalah komputer yang mempunyai sambungan Bluetooth serta menggunakan sistem Windows 10 versi 1909.

2. Muat turun dan pasang aplikasi Your Phone ke dalam komputer anda dari Microsoft Store dan pasang juga aplikasi Your Phone ke dalam telefon pintar Android anda dari Google Play Store.

Kapsyen: Microsoft Store - Your Phone.


3. Kemudian, aktifkan aplikasi itu dikomputer anda dan pilih jenis telefon pintar yang digunakan (Android atau iPhone). Selepas pilih, klik butang Continue.



4. Seterusnya, daftar masuk ke dalam akaun Microsoft anda.



5. Selepas selesai mendaftar masuk, anda diminta untuk menyambungkan telefon pintar anda dengan komputer.



5. Di telefon pintar anda itu, daftar masuk juga ke dalam akaun Microsoft di aplikasi Your Phone yang telah dipasang di dalam telefon pintar tersebut.



6. Kemudian, pilih Allow dan kini telefon pintar anda dengan komputer anda sudah berjaya disambungkan.



7. Selepas berjaya disambungkan, anda sudah boleh mengakses dan menguruskan foto, mesej, notifikasi serta membuat panggilan telefon terus dari aplikasi Your Phone di dalam komputer anda.

Kapsyen: Pastikan sambungan tanpa wayar Bluetooth disambungkan antara telefon pintar dengan komputer bagi membolehkan panggilan telefon dibuat menerusi aplikasi Your Phone di komputer anda.

Walaubagaimanapun...


Selepas mencuba berulang kali ciri baru yang diperkenalkan kepada pengguna Windows 10 1909 ini, masih terdapat beberapa kekurangan khususnya dari segi kestabilan ketika panggilan telefon dibuat.

Panggilan yang dibuat mungkin boleh terputus secara tiba-tiba atau suara yang kurang jelas. Ini mungkin ada kaitan dengan kestabilan sambungan Bluetooth antara peranti.

Memandangkan ciri panggilan telefon ini masih baru diperkenalkan oleh Microsoft pada pengguna Windows 10, jadi masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dibuat oleh Microsoft terhadap ciri baru ini.

Akhir kata, selamat mencuba.

Berkaitan