Cara Membuat Lokasi Palsu di Android

Kadang - kadang seronok juga "menyakat" kawan-kawan dengan kaedah lokasi palsu.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi Floater daripada Playstore.



Seterusnya masuk menu "Settings" > Pilih "Developer options".



Sekiranya fungsi ini tiada dalam Setting peranti anda, apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengaktifkannya terlebih dahulu. Iaitu dengan menekan menu Build Number dengan laju selama 7 kali.

 

Pilih "Select mock location app".



Kemudian buka aplikasi "Floater" yang anda pasang sebentar tadi dan pilih lokasi palsu yang anda inginkan.



Maka selepas itu apabila anda check in menggunakan Facebook ataupun whatsapp lokasi palsu akan dipaparkan.

 



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.