Cara membuat Laporan Untuk Aplikasi Android Yang mencurigakan

Android sememangnya hadir dengan pelbagai aplikasi yang menarik dan berguna, namun begitu, kelebihan tersebut juga digunakan oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan menyebar aplikasi yang mengandungi perisian hasad dan juga berunsur penipuan.

Kepada anda yang ingin membuat laporan, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali sekiranya menemui aplikasi yang mencurigakan, tap pada menu tiga titik pada paparan atas aplikasi tersebut di Playstore dan pilih menu berikut.



Maka akan muncul paparan kategori bagi punca laporan tersebut dilakukan. Pilih yang mana bersesuaian dan akhir sekali tap pada tombol Submit. 



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan