Cara Membuat Kod QR Untuk Whatsapp

Khusus kepada peniaga yang ingin mempromosikan produk agar lebih mudah dihubungi oleh pelanggan. Terutamanya bagi anda yang menggunakan kaedah poster ataupun "Flyers" yang diedarkan, dimana pelanggan boleh menghubungi nombor WhatsApp anda dengan hanya membuat imbasan kod QR yang tertera pada helaian kertas ataupun poster yang dtampal.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut, pertama sekali masuk ke laman sesawang

https://www.qr-code-generator.com/

Kemudian pada paparan berikut masukkan alamat berikut disertakan nombor WhatsApp anda pada bahagian akhir seperti yang telah di "highlight" kan seperti berikut.



Kemudian klik pada tombol Download untuk memuat turun gambar kod QR yang telah anda ciptakan



Tunggu sehingga siap diproses, maka ianya akan serta merta dimuat turun.



Selesai, berikut kod QR yang telah siap diciptakan, anda boleh memasukkannya pada mana - mana poster atau "Flyers" yang anda ingin iklankan produk atau perkhidmatan anda.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan