Cara Membuat Kod "Barcode" Menggunakan Android

Kepada anda yang teringin untuk membuat kod bar, sama ada bagi tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan peribadi, boleh sahaja menghasilkannya menggunakan peranti Android.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja lnagkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi barcode generator daripada laman sesawang ApkPure.com ataupun Playstore. Setelah siap dipsasang, mulakan pembinaan kod bar dengan menekan tombol berikut.



Klik pada Add Code kemudian pilih jenis kod bar yang anda inginkan



Lengkapkan segala informasi yang diperlukan pada ruangan berikut, kemudian "tick" pada ruangan atas sebelah kanan seperti berikut.



Anda akan dibawa ke bahagian preview kod tersebut, tap pada ikon Save, tetapkan nama yang sesuai untuk kod tersebut dan pilih Export, selesai.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan