Cara Membuat Janji Temu Atas Talian Untuk Urusniaga JPJ Di Pejabat Pos


POS Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa semua urusniaga berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan disambung semula di semua cawangan pejabat Pos di seluruh Malaysia mulai 9 Ogos 2021 ini.

Ia selepas pengumuman oleh JPJ untuk tidak lagi melanjutkan moratorium perbaharui cukai jalan dan lesen memandu selepas 30 September 2021.

Ini bermakna jika lesen atau cukai jalan anda telah tamat tempoh selepas dari tarikh tersebut, anda boleh di saman oleh oleh pihak berkuasa.

Cuma untuk membuat urusniaga JPJ di pejabat pos, anda perlu terlebih dulu membuat tempahan janji temu secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Untuk membuat janji temu secara atas talian, anda boleh ke laman rasmi https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/, atau melalui aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Tempahan boleh dibuat mulai 8 Ogos ini (Ahad).

Berikut adalah cara membuat janji temu urusniaga JPJ dengan Pos Malaysia melalui laman sesawang atau aplikasi Pos Malaysia:-

1. Buka laman sesawang atau aplikasi Pos Malaysia dan klik pada Outlet Finder seperti rajah di bawah.

Kapsyen: Dari laman sesawang pos Malaysia.


Kapsyen: Dari aplikasi Pos Malaysia.


2. Seterusnya di laman muka Outlet Finder, buat carian Pejabat Pos terdekat dengan anda dan klik pada Book your JPJ service appointment.



3. Selepas itu, akan dipaparkan pautan untuk anda mengisi butiran temujanji.

Kapsyen: Pilih urusan, tarikh dan masa untuk anda hadir ke pejabat pos tersebut.


4. Akhir sekali selepas selesai mengisi butiran tersebut, klik pada butang Book.

Kapsyen: Tempahan janjitemu berjaya.


Anda diminta untuk menyimpan slip temujanji atau boleh juga hanya dengan membuat tangkap layar (screenshot) tempahan itu untuk dibawa ketika waktu temujanji di pejabat pos.

Pos Malaysia menyatakan bahawa setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah 1 slot temujanji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada 3 urusniaga untuk setiap janji temu tersebut.

Seperti biasa, anda perlu mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, semak suhu, mengimbas kod aplikasi MySejahtera dan jaga jarak 1 meter apabila berada di premis Pos Malaysia.

Jika anda sebarang pertanyaan tentang perkara ini, anda boleh hubungi Pos Malaysia menerusi AskPos dari laman sesawang atau aplikasi Pos Malaysia.
Komen