Cara Membuat Filem pendek bermuzik dengan Mudah

Bagi pengguna peranti pintar Android, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh dicuba untuk menghasilkan video slideshow yang menarik tanpa memerlukan suntingan menggunakan PC.

Pertama sekali pasang aplikasi YouCut daripada Playstore ataupun boleh diperolehi melalui laman sesawang ApkPure.com

Seterusnya pada aplikasi tersebut tap pada tombol "+" untuk memulakan proses suntingan.



Kemudian pilih gambar dan video yang anda ingin gabungkan menjadi sebuah filem pendek.



Manakalah pada bahagian bawah, tetapkan aturan kemunculan bagi gambar dan video tersebut.

Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian suntingan video



Tentukan tempoh masa atau durasi bagi setiap gambar dan video yang ingin dipaparkan dalam filem pendek tersebut.



Kemudian masukkan lagu ataupun muzik bagi video tersebut.



Muzik yang dipilih juga boleh ditetapkan tahap kekuatan bunyinya.



Selesai, akhir sekali simpan vdeo tersebut dengan menekan tombol Save.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan