Anda boleh membuang kemas kini Windows 10 jika ia bermasalah kepada sistem komputer anda.
Microsoft menggesa para pengguna supaya menaik taraf kepada sistem operasi Windows 10 memandangkan masih ramai pengguna menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasi untuk komputer mereka.
Walaubagaimanapun, pengguna yang telah mula memasang sistem Windows 10 kerap kali pula berdepan dengan pelbagai isu yang bukannya berpunca dari aplikasi pihak ketiga. Sebaliknya daripada kemas kini yang dilepaskan oleh pihak Microsoft sendiri.
Jadi bagi menangani isu yang berpunca daripada kemas kini Windows 10, pengguna boleh sahaja membuang kemas kini yang telah dipasang pada komputer mereka.
Microsoft ada menyediakan tetapan khas bagi memudahkan pengguna Windows 10 membuang kemas kini yang dipasang mereka.
Cara Membuang Fail Kemas Kini Windows 10
1. Bagi membuang fail kemas kini Windows 10 yang telah dipasang, anda buka Settings dan klik pada pilihan Update & Security.
2. Seterusnya di bahagian Windows Update klik pada pilihan View update history.
3. Kemudian klik pada Uninstall updates.
4. Selepas itu di bahagian Uninstall an updateini anda bolehlah memilih fail kemas kini Windows yang mahu dibuang.
Apabila kemas kini tersebut dipilih, butang Uninstall akn dipaparkan dan anda bolehlah membuang kemas kini tersebut dari komputer anda. Anda juga perlu menghidupkan semula (Restart) komputer tersebut bagi melengkapkan proses buang kemas kini tersebut.
Selamat mencuba.
Berkaitan
- Google Kini Menawarkan Versi Android Go Terbaru, Android 10 (Go edition)
- 10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad
- Lebih 60% Perisian Hasad Iklan Menyasarkan Pengguna Windows Sebagai Mangsa
- Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11
- Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding iOS 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan - Kajian
- Pengguna Windows 10 1809 Kini Terpaksa Rela Menerima Kemas Kini Windows 10 1909 Dari Microsoft
- Kemas Kini Windows 10 Memberikan Masalah Menjengkelkan Kepada Pengguna Pelayar Google Chrome
- Microsoft Dakwa Pengguna Menaik Taraf Ke Windows 11 Adalah 2 Kali Lebih Pantas Berbanding Windows 10
- Penggodam Dakwa Curi 1 Bilion Data Rakyat China Dari Polis, Tawar Jual Data Pada Nilai 10 Bitcoin
- Muat Turun 2 Game Ini Sekaligus Berharga RM105.98 Secara Percuma Sekarang