Cara Membuang Data Lokasi Yang Dijejaki Google Dalam Aplikasi Maps

Tingkatkan privasi dan halang Google dari menyimpan data lokasi anda.


Aplikasi Google Maps akan menjejaki dan menyimpan data lokasi yang pernah anda lalui dengan terperinci di dalam “Timeline”.

Data-data tersebut termasuklah waktu anda keluar, tiba di lokasi, laluan yang dilalui dan gambar-gambar yang diambil di lokasi tersebut.

Malah lokasi-lokasi itu pula diasingkan mengikut kategori seperti makan dan minum, hotel, lapangan terbang dan lain-lain.

Memang data-data ini ada masanya berguna untuk anda. Walaubagaimanapun, jika ia terlalu terperinci sehingga boleh disalah guna oleh mereka yang berniat jahat, ia mungkin boleh memudaratkan kehidupan anda kerana privasi anda boleh dicerobohi oleh pihak ketiga.

Jadi, ada baiknya anda memadam kesemua data-data tersebut dari Google Maps demi privasi anda.

Berikut adalah cara memadam segala data yang ada di dalam Google Maps.

  1. Buka aplikasi Google Maps di peranti pintar anda (iPhone atau Android)

  2. Sentuh pada gambar profail dan pilih “Your data in Maps.”

  3. Seterusnya, di bahagian “Your data in Maps.” anda klik pada “See & Delete activity.” di dalam Location History.

  4. Kemudian, sentuh pada bahagian “Settings.” dan pilih "Settings and privacy".

  5. Selepas itu, di bahagian "Personal content", pilih “Delete all Location History.

  6. Bagi melengkapkan proses memadam data di dalam Maps, tandakan pada kotak "I understand and wat to delete." dan sentuh butang Delete.

  7. Selesai. Selamat mencuba.