Cara Membuang Aplikasi Pemain Adobe Flash Daripada Sistem Operasi Windows Dan macOS

Jika ada yang masih menggunakan Adobe Flash, seeloknya segeralah buang aplikasi tersebut dari komputer anda.


Pada Julai 2017 dahulu, pihak Adobe telah pun mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan segala kemaskini penambahbaikan dan tidak lagi menyokong sepenuhnya pemain Flash sebelum berakhirnya tahun 2020.

Penamatan Flash yang pernah popular suatu ketika dahulu disebabkan oleh kelemahan sistem sekuritinya yang sering terdedah kepada isu penggodaman dan serangan virus.

Oleh itu, sekiranya anda masih bergantung kepada Flash, seeloknya beralihlah kepada sokongan yang lebih moden seperti HTML 5 yang kini telah banyak disokong oleh pelayar-pelayar moden. Atau anda mungkin telah memasang pemain Flash tersebut ke dalam komputer anda tetapi tidak pernah digunakan.

Jadi ada baiknya anda buang sahaja pemain Flash yang ada di dalam komputer anda memandangkan kebanyakan kandungan laman web yang ada sekarang pun sudah tidak lagi menggunakan pemain Flash.

Berikut adalah cara membuang pemain Flash daripada sistem komputer Windows:-



  1. Muat turun uninstaller Flash Player menerusi pautan yang diberi. Uninstaller ini boleh digunakan pada Windows versi 32 bit dan 64 bit.

  2. Tutup semua aplikasi pelayar web dan aplikasi/program yang sedang aktif yang menggunakan pemain Flash. Sebagai contoh nama program fail yang berakhir dengan .swf.

  3. Buka dan jalankan uninstaller Flash Player yang selesai dimuat turun tadi.

  4. Akhir sekali buka pelayar web yang anda gunakan bagi memastikan status pemain Flash tersebut telah berjaya dibuang dari komputer anda.


Berikut pula adalah langkah membuang pemain Flash daripada sistem komputer macOS:-



  1. Untuk membuang Flash di macOS pula, anda boleh memuat turun fail uninstaller Flash Player untuk macOS menerusi pautan yang diberikan.

  2. Kemudian tutup aplikasi pelayar web Safari atau aplikasi yang menggunakan Flash yang sedang aktif.

  3. Buka dan aktifkan fail uninstaller Flash Player yang dimuat turun tadi.




4. Akhir sekali buka pelayar web yang anda gunakan bagi memastikan status pemain Flash tersebut telah berjaya dibuang dari komputer anda.

Selesai.

Berkaitan