Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Secara tetapan lalai, Google Maps menyimpan rekod lokasi yang pernah anda pergi. Ini sangat membantu kerana ia menyimpan alamat-alamat dan destinasi yang banyak terutamanya jika anda jenis suka mengembara.

Akan tetapi, akan ada satu ketika di mana anda tidak mahu sesiapapun mengetahui jejak dan destinasi yang anda pergi. Untuk itu, terdapat mod incognito untuk menggunakan Google Maps secara privasi.

Jadi, ini adalah cara untuk membolehkan mod incognito pada Google Maps:

  • Buka aplikasi Google Maps pada peranti anda

  • Tekan pada gambar profil

  • Tekan pada pilihan "Turn on Incognito Mode"




Anda akan mendapat mesej maklumat mod incognito sejurus anda membolehkan fungsi ini.



Untuk keluar dari fungsi mod incognito dan kembali menggunakan Google Maps seperti biasa, ini adalah caranya:

  • Tekan gambar profil

  • Tekan "Turn off incognito mode"




Mod incognito merupakan satu fungsi yang agak bagus terutamanya jika anda mahu mengembara ke tempat rahsia. Setakat ini, mod ini hanya tersedia pada platform Android sahaja. Untuk iOS, kami akan maklumkan kepada anda apabila ia tersedia nanti.

Berkaitan