Cara Membesarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa “Pecah”

Foto yang beresolusi rendah sekiranya diperbesarkan secara paksa boleh menyebabkan gambar tersebut kelihatan pecah ataupun “rosak”.

Berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk menambahkan saiz resolusi foto tanpa merosakkan gambar tersebut. Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pertama sekali  masuk ke laman sesawang waifu2x dengan menggunakan pautan dibawah

http://waifu2x.udp.jp/

Langkah 2

Setelah masuk laman tersebut, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memilih foto atau gambar yang ingin dibesarkan resolusinya dengan menekan butang Choose File.

 

Langkah 3

Pada pilihan berikut, pilih berdasarkan jenis gambar yang ingin dibesarkan sama ada ianya sebuah lukisan ataupun gambar foto.

Pada bahagian Noise reduction jangan di ubah apa-apa tetapan.

 

Langkah 4

Pada bahagian Upscaling, pilih kepada tetapan 2x. Seterusnya “tick” kan bahagian i’m not a robot.

Kemudian klik pada butang Convert dan tunggu sehingga prosesnya selesai. Untuk makluman anda, proses yang diambil agak sedikit memakan masa, apa yang perlu dibuat ialah tunggu sehingga selesai.

Berikut hasil yang kami dapat.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Tips Gajet

Tips Gajet

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408