Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah

Jika anda mahu membeli produk Apple asli dari terus dari mereka dan dalam masa yang sama mahukan harga lebih rendah, ada satu kaedah yang sah namun tidak ramai yang mengetahuinya.

Bukan, ia bukannya pra-tempahan Instagram atau membeli dari aplikasi mudah.my. Cara tersebut adalah membeli terus dari Apple apa yang perlu dibuat adalah melalui kaedah education pricing ataupun harga pembelajaran.

Bukan Untuk iPhone


Sesuai dengan namanya 'education pricing', produk Apple seperti iPhone atau Airpods tidak boleh dibeli. Hanya iPad dan komputer Mac/Macbook sahaja yang boleh dibeli.

Kesemua model iPad boleh dibeli termasuklah iPad Pro, iPad Air, iPad, dan iPad Mini.

Untuk Mac pula, anda boleh membeli MacBookAir,MacBookPro,iMac, iMac Pro, Mac Pro, Mac Mini, malah monitor Pro Display XDR.

Perbandingan Harga 'Education Pricing' Dengan Harga Normal


Sebagai perbandingan anda boleh membeli dengan harga permulaan lebih rendah ketika artikel ini ditulis (lihat di bawah).

iPad

  • iPad harga normal (RM1,449 ) - Harga pelajar (RM1,349)

  • iPad Mini harga normal (RM1,699) - Harga pelajar (RM1,609)

  • iPad Air harga normal (RM2,199) - Harga pelajar (RM2,109)

  • iPad Pro harga normal (RM3,499) - Harga pelajar (RM3,279)




Komputer Mac

  • Mac Mini harga normal (RM3,449 ) - Harga pelajar (RM3,359)

  • MacBook Air harga normal (RM4,399) - Harga pelajar (RM3,959)

  • MacBook Pro harga normal (RM5,599) - Harga pelajar (RM5,169)

  • iMac harga normal (RM4,749) - Harga pelajar (RM4,529)

  • iMac Pro harga normal (RM20,855) - Harga pelajar (RM19,186)

  • Mac Pro harga normal (RM25,999) - Harga pelajar (RM24,269)

  • Apple Display XDR harga normal (RM19,999) - Harga pelajar (RM18,399)




Seperti yang dilihat kesemua produk dijual pada harga yang rendah. Untuk anda yang mempunyai bajet hanya cukup-cukup, sudah tentu anda lebih jimat banyak dengan membeli harga pelajar ini.

Harga yang dipaparkan tidak termasuk konfigurasi lain seperti spesifikasi produk yang lebih tinggi. Namun apa yang pasti adalah ia akan berharga lebih rendah berbanding harga normalnya.

Cara Membeli


Cara membeli adalah senang sahaja dan sama juga caranya jika anda membeli mana-mana produk lain di laman rasmi Apple. Pautan khas yang perlu dilayari untuk membeli dengan harga pelajar ini adalah:
https://www.apple.com/my-k12/shop



Setelah memilih produk yang berkenan, apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah memilih konfigurasi atau spesifikasi yang diingini sesuai dengan bajet yang dikeluarkan.



Untuk kebanyakan produk, anda juga mempunyai pilihan untuk mengukir nama atau apa-apa teks kesukaan anda secara percuma. Jika mahu mengukir teks, terdapat 2 barisan yang boleh disertakan sesuka hati anda.



Anda juga mempunyai pilihan untuk menambah pelan perlindungan AppleCare untuk produk yang anda beli. Seperti contoh, pelan perlindungan AppleCare untuk iPad Pro ini berharga RM249. Melalui AppleCare, anda akan mendapat sokongan meliputi penggantian komponen produk ataupun perisian.



Jika selesai memilih, boleh klik "Add to Bag" dan seterusnya "Checkout" untuk membayar produk. Apa yang perlu anda tahu adalah Apple tidak meminta ID pelajar atau pengesahan bahawa anda pelajar sekolah/universiti/kolej.

Jadi, cara ini boleh diaplikasikan untuk sesiapa dan tidak terhad hanya untuk 'pelajar' sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai education pricing, boleh layari laman rasmi Apple di sini.

Beli produk Apple di Lazada: https://invol.co/clonft

Berkaitan