Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, umat islam digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan nanti melalui atas talian berbanding cara konvensional seperti sebelum ini iaitu menerusi amil yang dilantik.

IKLAN

Ia adalah penting sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Berikut adalah platfom-platfom yang memudahkan umat islam di seluruh negeri di Malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian serta kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri bagi tahun 2020 :-

1. Wilayah Persekutuan – RM5, RM7

IKLAN

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP

2. Sarawak – RM7

IKLAN

Untuk info lanjut, layari laman muka TABUNG BAITULMAL SARAWAK

3. Sabah – RM6, RM7

Untuk info lanjut, layari laman muka KAEDAH BAYARAN, BAHAGIAN ZAKAT DAN FITRAH MUIS.

4. Terengganu – RM7

Untuk info lanjut, layari laman muka MAIDAM

5. Selangor – RM7, RM14, RM21

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Selangor.

6. Pulau Pinang – RM7, RM16

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Penang

7. Perlis – RM7

9. Pahang – RM7

Untuk info lanjut, layari laman Pusat Kutipan Zakat Pahang

10. Negeri Sembilan – RM7

Untuk info lanjut, layari laman Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan

11. Melaka – RM7, RM14

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Melaka

12. Kelantan – RM7 (Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).

Untuk info lanjut, layari laman MAIK

13. Kedah – RM5, RM7, RM14, RM21

Untuk info lanjut, layari laman Jom Zakat Kedah

14. Johor – RM7, RM10

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Johor Online Payment

Jadi, dengan adanya kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian ini, ia akan memudahkan semua umat islam menunaikan kewajiban mereka tanpa alasan.

P/s: Aplikasi SnapNPay kini menyokong pembayaran zakat fitrah untuk pengguna di Wilayah Persekutuan, Labuan, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Laman sesawang majlis agama islam mengikut negeri-negeri di Malaysia mungkin buat masa ini ada yang belum mengemas kini pemberitahuan tentang perkara ini. Jadi para pengguna dinasihatkan supaya menyemak semula laman rasmi majlis agama islam negeri masing-masing kemudian di dalam bulan Ramadhan nanti.

Atau terus sahaja hubungi pihak Majlis Agama Islam dan pusat-pusat Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan info lanjut dan bantuan tentang cara pembayaran zakat fitrah secara atas talian.