Cara Mematikan Sementara Fungsi Pengesanan Wajah Dan Cap Jari Pada iPhone

Kepada anda yang risau sekiranya fungsi tersebut mungkin dapat dimanipulasi oleh pihak ketiga terutamanya ketika anda sedang nyenyak tidur, berikut kami kongsikan cara unttuk menyahaktifkan fungsi tersebut secara sementara ketika anda memerlukannya.

Pertama sekali tekan tombol kuasa dan Volume Up secara serentak pada peranti.



Apabila muncul paparan berikut, anda tidak perlu matikan peranti cukuplah dengan menekan tombol kuasa untuk mengunci peranti.



Selesai, sekarang peranti anda sudah dinyahaktifkan sementara fungsi penegsanan wajah dan cap jari, sebarang cubaan untuk memanipulasikan fungsi tersebut ketika anda sedang tidur dan sebagainya tidak lagi perlu  dirisaukan.

Paparan kata laluan akan muncul sehinggalah anda memsaukkan kod yang betul dan fungsi pengesanan wajah dan cap jari akan kembali aktif.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan