Cara Mematikan Efek Animasi Windows 10 Sekaligus Menjadikannya Lebih Pantas

Kustomasi yang boleh menjadikan Windows 10 lebih pantas.


Windows 10 dimuatkan dengan beberapa efek yang menjadikannya kelihatan lebih menarik. Walaubagaimanapun, bagi komputer yang dilengkapi dengan spesifikasi rendah atau sederhana, ia mungkin juga menjadi isu prestasi bagi sebahagian pengguna.

Microsoft mewujudkan tetapan yang membolehkan pengguna mematikan efek animasi Windows 10.

Berikut adalah cara mematikan efek animasi Windows 10:-

1. Buka Windows Settings dan pilih Ease of Access.



2. Seterusnya di sini, di bawah bahagian Simplify and personalise Windows, matikan tetapan Show animations in Windows.



Apabila tetapan itu dimatikan, anda akan segera dapati Windows 10 tidak lagi memaparkan efek animasi apabila menyembunyikan sesuatu kotak paparan serta tiada lagi efek fade pada menu atau item menu.

Selamat mencuba.