Cara Memasukkan Sarikata Pada Video Di Android

Kepada anda yang seriang menonton video dengan menggunakan peranti pintar Android, berikut kami kongsikan cara - cara untuk memasukkan sarikata luaran pada video yang ada muat turun.

Pertama sekali, pastikan peranti anda telah dilengkapi dengan aplikasi pemain video VLC terlebih dahulu.

Seterusnya apabila ingin memainkan fail video ataupun filem, pastikan anda memilih aplikasi VLC sebagai pemainnya. Apabila fail tersebit sedang dimainkan, klik pada tombol berikut dan seterusnya pilih menu select subtitle file.



Kemudian masuk ke lokasi dimana sarikata yang anda telah muat turun disimpan dan pilih sarikata tersebut,



secara otomatik ianya akan muncul pada layar pemian seiringan dengan sela masa video tersebut. Selesai.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kai ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan