Cara Memasukkan Paparan Grid pada Microsoft Word

Tips kali ini sangat sesuai bagi para pelajar mahupun guru dalam pembelajaran matematik dan sains yang mana memerlukan paparan grid berbentuk segi empat.

Caranya sangat mudah, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke menu page color > Fill Effects



Seterusnya pada paparan berikut, klik pada Tab Pattern dan pilih jenis grid yang anda mahukan.



Anda juga boleh memilih jenis warna grid iaitu dengan mengubahnya pada menu Foreground berikut. Setelah semuanya selesai, klik pada tombol OK.



Dengan itu paparan grid yang anda pilih sebentar tadi akan muncul pada helaian Word.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan