Cara Memasang VPN Percuma Pada Chrome

Kepada anda yang menghadapi masalah laman sesawang yang selalu disekat dan tidak mampu menanggung kos bulanan tinggi VPN, berikut kami kongsikan cara memasang VPN percuma terus pada Chrome dengan mudah.

Pertama sekali buat carian Hola Free VPN dan buka pautan berikut.



Kemudian pasangkan Extension tersebut pada Chrome dengan menekan tombol Add to chrome.



Seterusnya buka laman sesawang yang disekat kemudian klik pada bahagian atas sebelah kanan pada ikon VPN Hola.



 

Aktifkan VPN tersebut dan pilih server negara yang ingin anda jadikan sebagai sambungan gantian.



Dengan itu tiada lagi laman yang disekat. Manakala sekiranya anda ingin membuka akses rancangan luar negara yang disekat pada Netflix, perkhidmatan VPN ini menyediakan harga yang sangat murah iaitu serendah RM4.65 sahaja untuk pakej sebulan dan ianya sangat berbaloi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan