Cara Memasang "Tempered Glass" Dengan Betul Pada Peranti Pintar

Memasang pelindung tambahan pada layar peranti pintar sememangnya menjadi satu kerperluan, apatah lagi sekiranya peranti yang dibeli tersebut berharga ribuan ringgit.

Pemasangan "tempered Glass" di kedai kebiasaannya akan dikenakan harga yang agak tinggi untuk sebuah peranti, adakalanya boleh mencecah ratusan ringgit bagi jenama tertentu. Namun sekiranya ia dipasang secara DIY di rumah berkemungkinan kos yang perlu dikeluarkan tidak sampai satu pertiga daripada yang dikenakan oleh pekedai.

Cara pemasangannya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Langkah 1 : Persediaan



Pertama sekali bersihkan ruangan meja yang anda ingin lakukan pemasangan, pastikan ianya bebas daripada bendasing ataupun debu kotoran yang boleh menjejaskan kualiti pemasangan.

Langkah 2 : Bersihkan layar peranti



 

Guna cebisan kain yang lembut untuk membuang segala kotoran ada layar, kebiasaannya kain tersebut akan disediakan bersaman pelindung yang anda beli. Gunakan cecair alkohol yang disediakan untuk melakukan proses pembersihan tersebut.

Langkah 3 : Tanggalkan pelindung 



Pada "Tempered Glass" yang ingin anda pasang, terdapat satu lapis plastik pelindung yang perlu ditanggalakn untuk anda mulakan proses pemasagan pada layar perati, Tanggalkan dengan perlahan dan hati - hati agar tidak mengotori " Tempered Glass" tersebut.

Langkah 4 : Betulkan Kedudukan Pelindung



Apabila meletakkan pelindung tersebut pada layar peranti, pastikan anda betulkan kedudukan pelindung tersebut agar selari dengan layar peranti. Lakukan dengan berhati - hati.

Langkah 5 : Tekan layar



Pastikan anda memberi sedikit tekanan pada pelindung tersebut bagi bertujuan untuk menghilangkan gelembung udara yang terdapat diantara pelindung dan layar.

Langkah 6 : Sentuhan terakhir



Akhir sekali, bersihkan segala kotoran yang terdapat pada pelindung tersebut dan pada masa yang sama perbetulkan kedudukan pelindung sekiranya perlu.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian untuk kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan