Cara Memasang Kembali Windows 10 Yang bermasalah

Kepada pengguna Windows yang mengalami masalah sisitem operasi yang korup atau bermasalah, berikut kami kongsikan cara untuk memasang kembali Windows tanpa perlu menghantarnya ke kedai.

Pertama sekali masuk ke menu Settings > Update & Security > Recovery



Seterusnya buat pilihan sama ada untuk mengekalkan fail yang sedia ada pada PC atau dengan memadam semuanya. Anda dinasihatkan agar berhati - hati membuat pilihan ya, kerana setelah selesai segala fail yang dipadam tidak akan dapat dijejak kembali.



Kepada anda yang mempunyai kemudahan internet yang laju, pilih sahaja menu Cloud Download yang mana fail windows akan dipasang sejurus selepas selesai proses mua turun. sekiranya sudah mempunyai fail yang siap di muat turun, pilih sahaja menu yang satu lagi.



Pilih menu Change setting pada paparan berikut.



Nyahaktifkan fungsi berikut, sekiranya anda tidak mahu windows terus memasang aplikasi ketika proses pemasangan windows dilakukan.



Akhir sekali klik pada tombol Confirm untuk memulakan proses penetapan semula dan pemasangan Windows.



 

Itulah sahaja sdikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan