Cara Memasang Extension IDM Pada Pelayar Edge

Kepada yang menggunakan pelayar Chrome sememangnya tiada sebarang masalah sekiranya ingin menghubung kepada aplikasi Internet Download Manger (IDM). Namun situasinya agak berbeza kepada pelayar Edge, kerana ianya perlu dipasang extension tambahan yang khusus untuk membolehkannya beroperasi dengan baik Bersama aplikasi luar seperti IDM.

Berikut kami kongsikan caranya. Pertama sekali setelah anda siap memasang aplikasi IDM, pastikan kotak berkaitan pelayar Edge telah ditanda terlebih dahulu.



Kemudian Masuk ke laman extension berikut untuk memuat turun extension IDM bagi pelayar Edge. Boleh sahaja klik pada pautan dibawah.

Extension IDM untuk Edge



Setelah selesai memasang extension tersebut, buka pelayar Edge anda, maka anda akan dapati akan muncul ikon muat turun IDM pada setiap video yang dipaparkan pada pelayar.



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.