Cara Memainkan Video Youtube Walaupun Skrin Telefon Di Tutup

Kebiasaannya apabila skrin telefon kita terpadam, video yang dimainkan pada Youtube juga akan terhenti. Jadi anda tidak boleh melakukan perkara lain selain memastikan skrin telefon pintar anda sentiasa menyala. Tiada tetapan pada aplikasi Youtube yang dapat mengubah masalah ini, tetapi terdapat 3 cara yang dapat membantu anda mengatasinya.



Mozilla Firefox

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi pelayar Mozilla FireFox secara percuma dan ia seharusnya berfungsi pada semua jenis peranti. Caranya mudah saja, pertama sekali muat turun aplikasi Mozilla FireFox pada telefon pintar anda. Kemudian, menerusi aplikasi itu pergi ke laman web Youtube dan sentuh pada bahagian butang tetapan (tiga titik bertindih) pada bahagian atas kanan dan pilih Request Desktop Site.



Setelah itu, sentuh pada video dan mainkannya. Video akan terus bermain walaupun skrin telefon pintar anda dikunci.









Sony Xperia Small Apps


Cara ini hanya boleh di guna pakai pada peranti Sony Xperia saja. Muat turun Media Viewer Small dari Play Store dan pasangkan ia pada peranti anda. Selepas itu, sentuh butang Recent Apps (butang petak dibawah sebelah kanan skrin anda) dan sentuh anak panah keatas (bawah kiri). Dari sini anda boleh mengakses aplikasi Web Video.













Sentuh pada aplikasi Web Video dan tetingkap baru akan muncul. Ia membolehkan anda mencari video dan memainkan ia dengan skrin paparan yang dipadamkan. Walaupunbegitu, aplikasi ini terhad kepada beberapa fungsi Youtube. Anda mungkin perlu membayar sekiranya mahu menggunakan fungsi yang lain.










Langgan Youtube Music Key


Antara daya penarik yang ditawarkan Youtube Music Key adalah akses kepada video diluar talian (offline) serta menikmati video secara background. Dengan bayaran sebanyak ~RM42 sebulan, anda akan mendapat fungsi video luar talian dan dimainkan secara background serta musik tanpa iklan.





Apabila selesai melanggan, pergi ke tetapan pada aplikasi Youtube (tiga titik bertindih), pergi ke Background and Offline dan pastikan Playback di tetapkan dengan Always On.










Nikmati lagu-lagu kegemaran anda tanpa perlu risau ia terhenti separuh jalan lagi.