Cara Memadam Akaun TikTok Sepenuhnya

TikTok adalah platfom perkongsian video pendek popular yang dibangunkan oleh firma dari China. Sehingga kini, TikTok telah mempunyai lebih 2 bilion pengguna secara global.

Tidak seperti platform media sosial yang lain, TikTok tidak memerlukan pengguna untuk mendaftar akaun jika mahu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sekiranya anda telah mendaftar akaun dan mendapati tiada keperluan untuk log masuk dan menggunakan akaun tersebut, di bawah ini kami sediakan langkah untuk memadam akaun TikTok secara kekal.

 



Log masuk akaun TikTok anda dan di bahagian "Me", pilih "Manage my account".

cara padam tiktok

Pada Manage my account, tekan pada "Delete acoount" di bahagian bawah skrin.



Untuk memadam akaun secara kekal, anda perlu melalui proses pengesahan. Proses ini bergantung kepada pilihan pendaftaran anda sama ada melalui e-mel, nombor telefon, ID Apple, akaun Facebook dan sebagainya.

Jika pendaftaran akaun TikTok dilakukan melalui nombor telefon, anda perlu mendapatkan kod pengesahan yang dihantar untuk memadam akaun tersebut.

Berkaitan