Cara Melihat Perincian Fail Dengan Mudah Pada Windows 10

Kepada anda yang berasa jengkel kerana kesukaran setiap kali ingin melihat "Details" setiap fail pada Windows 10, seperti saiz, jenis fail, tarikh disimpan dan sebagainya. Berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk melihat maklumat tereprinci fail pada Windows.

Pertama sekali buka Folder Explorer.



Seterusnya klik pada tab View.



Kemudian pilih Details Pane, selesai.



Maka setiap kali anda klik pada fail di bahagian explorer, maka akan muncul paparan maklumat terperinci pada bahagian sebelah kanan folder.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan