Kepada anda yang terlupa kata laluan bagi sambungan WiFi rumah dan sebagainya, berikut kami kongsikanc ara untuk melihatnya menggunakan Windows 11.
Pertama sekali pada menu Setting, pilih tetapan bagi Internet & Network.
Seterusnya pilih menu Advanced network setting.
Kemudian pilih menu More network adapter options.
Pada paparan berikut, klik kanan pada sambungan WiFi yang ingin anda lihat kata laluannya dan pilih menu Status.
Klik pada tombol Wireless properties
Pilih Tab Secutity.
Akhir sekali tandakan pada kotak Show characters.
Selesai, maka kata laluan akan dipaparkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.