Cara Melihat "Password" WiFi Daripada Komputer

Jangan salah faham ya, Artikel kali ini bukan untuk mengajar anda mencuri "password" WiFi. Apa yang ingin kami kongsikan ialah cara-cara untuk melihat kembali kata kunci WiFi yang telah anda simpan pada PC ataupun laptop". Maklumlah kadang-kadang kita terlupa di saat memerlukan kita berkongsi "password" WiFi bersama rakan-rakan.

Jangan risau, caranya sangat mudah dan ringkas. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Buka menu Control Panel terlebih dahulu pada PC anda.



Langkah 2

Seterusnya cari dan buka menu Network and Internet.



Langkah 3

Paparan berikut akan muncul, apa yang perlu anda lakukan seterusnya, pilih menu Network and Sharing Centre.



Langkah 4

Seterusnya klik pada menu Manage wireless networks.



Langkah 5

Kemudian akan muncul paparan senarai WiFi yang pernah di sambungkan pada PC anda, pilih WiFi yang anda ingin tahu "password" nya.



Sebagai contoh di bawah, kami pilih WiFi "ferrari School"



Langkah 6

Klik pada Tab Security dan klik pada kotak Show Character. Seleaps itu "password" WiFi tersebut akan terus kelihatan. Selesai.



 

Itu sahaja sedikit perkongsian ilmu kali ini daripada kami. Semoga bermanfaat.